Sunday 3 June 2012

KAWASAN KAJIAN


Daerah Padang Terap terletak di bahagian timur laut Negeri Kedah Darul Aman, iaitu 25 km dari Bandaraya Alor Setar. Daerah ini disempadani oleh daerah Kubang Pasu di Barat Laut, Daerah Kota Setar di barat, Daerah Pendang di barat daya dan daerah Sik di tenggara.  Daerah Padang Terap juga memiliki sempadan antarabangsa dengan negara Thailand di utara dan timur laut. (Rujuk Peta). Daerah Padang Terap mel;iputi kawasan seluas 135 730 hektar yang dibahagikan kepada 11 mukim. Tahun 2012 daerah ini mempunyai penduduk seramai 72 802 orang.
Peta : Kedudukan Daerah Padang Terap Dalam Konteks Negeri Kedah


Saya telah memilih Pekan Kuala Nerang sebagai kawasan kajian saya yang terletak di Mukim Belimbing Kanan dalam daerah Padang Terap. Tahun 2012, penduduk mukim Belimbing Kanan berjumlah 6 053 orang iaitu 8.31 peratus daripada 72 802 orang.  Kawasan kajian saya meliputi beberapa buah taman dan beberapa buah kampong.


No comments:

Post a Comment