8.2 Kepentingan Perniagaan Runcit Pekan Minggu di Pekan Kuala Nerang, Kedah
1. Menyediakan Barangan Yang Segar
Melalui pemerhatian saya dapati barangan yang dijual di pasar minggu di kawasan tersebut seperti sayur dan ikan serta buah-buahan dijual dalam keadaan segar begitu juga daging ayam dan lembu. Melalui temu bual dengan En. Md Isa bin Haron, beliau suka membeli barangan basah di pasar minggu ini kerana barangannya segar dan berkualiti di samping harga yang murah berbanding dengan barangan yang dijual di pasaraya berdekatan. Barangan yang dijual di pasaraya tidak segar dan daging dijual dalam keadaan sejuk beku.
2. Menyediakan peluang pekerjaan
- perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga sayur dapat memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga.
- perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga sayur dapat memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga.
3 Meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk
Perniagaan pasar minggu ini dapat memberi peluang pekerjaan kepada peniaga untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah punca pendapatan mereka. Oleh itu, peluang pekerjaan tersebut telah memberi pendapatan tetap untuk menyara keluarga. Ini dapat diperjelaskan melalui temu bual dengan En. Saidi bin Idrus iaitu seorang peniaga ayam dari Kg Semeliang.
4 Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan
Pasar minggu ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke bandar Alor Setar. Sebagai contohnya En. Halim seorang penjual ubat ubatan telah datang menjual barangannya setiap minggu dari Alor Setar. Keadaan ini dapat menjimatkan masa dan kos penduduk untuk mendapatkan ubat-ubatan di bandaraya Alor Setar.
5 Membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan
pasar minggu ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka seperti buah-buahan, kerepek, hasil kraftangan dan lain-lain.
6. Menjimat kos pengguna
Melalui kaedah temu bual, Tn. Hj. Jusoh bin Mehat menyatakan barangan yang dijual seperti ikan, daging, makanan dan pakaian dijual dengan harga yang lebih murah berbanding pasaraya berdekatab. Oleh itu, kemudahan pasar minggu ini telah menjimatkan kos pengguna dan meringankan beban kerana kos sara hidup di kawasan luar bandar semakin tinggi.
Saya selaku penduduk Pekan Kuala Nerang berasa bersyukur kerana kewujudan pasar minggu di Pekan Kuala Nerang dapat memudahkan urusan dan memberi manafaat kepada penduduk di kawasan berhampiran.
No comments:
Post a Comment