Monday, 11 June 2012


LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012 23/2

GEOGRAFI
Kertas 2
Februari – Julai

--------------------------------------------------------------------------------

ARAHAN KEPADA CALON

Calon hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pelaksanaan Dan Penilaian Kerja Kursus Geografi 23/2 dalam pelaksanaan kerja kursus ini.

1. Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Geografi.

2. Calon PMR dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Geografi dari bulan Februari hingga bulan Julai berpandukan senarai semak.

3. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru dalam pemilihan tugasan. Kajian hendaklah dijalankan di tempat tinggal atau kawasan sekolah calon yang tidak melebihi 5 kilometer persegi.

4. Calon mesti melaksanakan kesemua aspek kerja kursus untuk mencapai tahap
Kod 1: Cemerlang, 

Kod 2: Kepujian atau 
Kod 3: Memuaskan. 

Calon yang tidak menulis laporan dapatan kajian akan mencapai Kod 4: Mencapai sebahagian tahap penguasaan minimum.

5. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari dan mengumpul fakta Geografi.

6. Calon boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara individu.

7. Fakta Geografi yang dikumpul hendaklah didokumentasikan dalam bentuk laporan dapatan kajian. Laporan dapatan kajian hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 400 patah perkataan mengikut format yang ditetapkan.

8. Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer pada

kertas saiz A4 sahaja. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0. Penggunaan komputer dalam kajian tidak mempengaruhi pemarkahan.

9. Huraian calon dalam laporan kajian mestilah tepat, lengkap dan berkaitan kawasan kajian.

10. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak.

11. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan.

12. Rujukan hendaklah ditulis dengan format penulisan yang betul.

13. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan.

14. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap aspek.

Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai 2012.


TUGASAN 2: PERNIAGAAN RUNCIT
(PASAR MALAM/PASAR SARI/PASAR MINGGU/
PASAR TANI/PASAR TAMU/PASAR LAMBAK)

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang perniagaan runcit yang berfokuskan perniagaan pasar malam/pasar sari/pasar minggu/pasar tani/pasar tamu/pasar lambak sahaja di kawasan tempat tinggal masing-masing.

Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
• Konsep dan jenis perniagaan runcit
• Kepentingan perniagaan runcit
• Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit
• Kesan negatif perniagaan runcit
• Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

No comments:

Post a Comment