Sunday 24 June 2012

KERJA KURSUS GEOGRAFI

PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2012


“Perniagaan Runcit Pasar Minggu 
di Pekan Kuala Nerang, 
06300 Kuala Nerang,
 Kedah”.

NAMA                       : _________________________________

KELAS                      : _________________________________

SEKOLAH                : _________________________________

NAMA GURU           : _________________________________

TARIKH HANTAR   : _________________________________


.......................................................................................................................................

SENARAI KANDUNGAN
     TAJUK                                                                                         HALAMAN
1)     Penghargaan
2)      Pendahuluan
3)      Objektif Kajian
4)      Kawasan Kajian
5)      Kaedah Kajian
6)      Dapatan Kajian
7)      Rumusan
8)      Lampiran
9)      Rujukan
10)    Bukti ( borang soal selidik, tembu bual dan surat-surat yang  berkaitan )
.......................................................................................................................................

1. PENGHARGAAN
    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerja kursus ini.

 Saya Bang Bal pelajar Tingkatan  3 A mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah membantu saya semasa saya mambuat Kajian Geografi Tempatan(KGT).

    Terlebih dahulu,saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan ............................... iaitu  ................................... kerana memberi sokongan kepada saya menjalankan kajian ini.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Pn. Ro dan En. Na kerana telah membantu saya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan laporan ini dan mengizinkan saya menemu bual responden di kawasan kajian.

    Saya juga ingin merakamkan setingi-tinggi terima kasih kepada guru Geografi saya Mr N kerana telah meluangkan masanya untuk memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dengan begitu dedikasi.

    Tidak lupa juga terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Abdul Adzim Bin Mohd Fuad, Fatin Nabila Binti Aziz, Muhd Hazim Bin Nasere, dan Muhd Muanawir Bin Shukri. Mereka telah banyak memberi maklumat yang berguna kepada saya.Di samping itu, mereka juga menolong saya menyelesaikan pelbagai masalah semasa saya membuat kajian ini.

     Akhir sekali, ucapkan jutaan terima kasih kepada semua responden antarana Encik Saidi Idrus, Mohd Isa Haron, Hj. Jamal, Nenek Som dan Tok Besah kerana sudi ditemu bual. Bantuan yang diberi oleh mereka tidak ternilai harganya dan saya akan menghargai selama-lamanya.

....................................................................................................................................
2. PENDAHULUAN


Kajian Geografi Tempatan ini merupakan syarat wajib bagi setiap calon PMR yang akan menduduki PMR pada bulan Oktober nanti. Kajian ini memerlukan saya turun ke lapangan untuk mendapat maklumat yang secukupnya untuk menghasilkan laporan yang lengkap.

Saya memilih tajuk ‘Perniagaan Runcit Pasar Minggu di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah” sebagai tajuk kajian kerja kursus geografi . Saya memilih tajuk ini ini kerana Perniagaan Runcit Pasar Minggu yang dibuka setiap hari Selasa dan Sabtu di kawasan tersebut menyumbang peranan yang penting kepada penduduk sekitar.

Selain itu kawasan kajian terletak berhampiran tempat tinggal saya iaitu Taman Desa Seri Emas. Tambahan pula, ramai rakan saya juga tinggal di kawasan tersebut dan memudahkan saya mendapatkan maklumat untuk menjalankan kajian.

Saya menjalankan kajian ini selama 6 minggu iaitu meliputi kerja-kerja pemerhatian, soal selidik, rujukan dan menulis laporan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

.....................................................................................
3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian yang dijalankan ialah supaya pelajar dapat :-
1) Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit di pasar minggu Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah

2) Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah

3) Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah

4) Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah

5) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan kesan negatif perniagaan runcit di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah

6) Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah

7. Memupuk nilai bersyukur dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi kesan perniagaan runcit di di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah.
........................................................................
4.  KAWASAN KAJIAN
Daerah Padang Terap terletak di bahagian timur laut Negeri Kedah Darul Aman, iaitu 25 km dari Bandaraya Alor Setar. Daerah ini disempadani oleh daerah Kubang Pasu di Barat Laut, Daerah Kota Setar di barat, Daerah Pendang di barat daya dan daerah Sik di tenggara. Daerah Padang Terap juga memiliki sempadan antarabangsa dengan negara Thailand di utara dan timur laut. (Rujuk Peta). Daerah Padang Terap mel;iputi kawasan seluas 135 730 hektar yang dibahagikan kepada 11 mukim. Tahun 2012 daerah ini mempunyai penduduk seramai 72 802 orang.










1 comment:

  1. Luckyland Casino - Mapyro
    Get directions, reviews and 경상남도 출장안마 information for Luckyland Casino in Hanover, IN. and the 익산 출장안마 first person to arrive 전라남도 출장마사지 is the 의정부 출장안마 driver of a minibus 경상북도 출장마사지 that comes in at the

    ReplyDelete