Sunday 3 June 2012

Pendahuluan


 Kajian  Geografi Tempatan ini merupakan syarat wajib bagi setiap calon PMR yang akan menduduki PMR pada bulan Oktober nanti. Kajian ini memerlukan saya turun ke lapangan untuk mendapat maklumat yang secukupnya untuk menghasilkan laporan yang lengkap.

Saya memilih tajuk ‘Perniagaan Runcit Pasar Minggu di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah” sebagai tajuk kajian kerja kursus geografi . Saya memilih tajuk ini ini kerana Perniagaan Runcit Pasar Minggu  yang dibuka setiap hari Selasa dan Sabtu di kawasan tersebut menyumbang peranan yang penting kepada penduduk sekitar. 

Selain itu kawasan kajian terletak berhampiran tempat tinggal saya iaitu Taman Desa Seri Emas. Tambahan pula, ramai rakan saya juga tinggal di kawasan tersebut dan memudahkan saya mendapatkan maklumat untuk menjalankan kajian.

Saya menjalankan kajian ini selama 6 minggu iaitu meliputi kerja-kerja pemerhatian, soal selidik, rujukan dan menulis laporan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

No comments:

Post a Comment