Sunday 3 June 2012

PENGHARGAAN


    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerja kursus ini.

 Saya Muhammad Iqbal Bin Nordin, pelajar Tingkatan 3A mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah membantu saya semasa saya mambuat Kajian Geografi Tempatan(KGT).

    Terlebih dahulu,saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang iaitu Puan Hajah Fauziah Binti Ramli kerana memberi sokongan kepada saya menjalankan kajian ini.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Pn.Rokiyah binti Lazim dan Encik Nordin bin Ahmad kerana telah membantu saya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan laporan ini dan mengizinkan saya menemu bual responden di kawasan kajian.

    Saya juga ingin merakamkan setingi-tinggi terima kasih kepada guru Geografi saya Encik Nordin Bin Ahmad kerana telah meluangkan masanya untuk memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dengan begitu dedikasi.

    Tidak lupa juga terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Abdul Adzim Bin Mohd Fuad, Fatin Nabila Binti Aziz, Muhd Hazim Bin Nasere, dan Muhd Muanawir Bin Shukri. Mereka telah banyak memberi maklumat yang berguna kepada saya.Di samping itu, mereka juga menolong saya menyelesaikan pelbagai masalah semasa saya membuat kajian ini.

     Akhir sekali, ucapkan jutaan terima kasih kepada semua responden antarana Encik Saidi Idrus, Mh Isa Haron, Hj. Jamal, Nenek Som dan Tok Besah kerana sudi ditemu bual. Bantuan yang diberi oleh mereka tidak ternilai harganya dan saya akan menghargai selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment