PASAR MALAM
TAMAN SRI TAMPOI
KEDAH DARULAMAN.
........................................................
SENARAI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN HALAMAN
·1. Penghargaan 1
•2. Pendahuluan 2
•3. Objektif kajian 3
• Kawasan kajian 4
• Kaedah kajian 8
• Dapatan kajian 9
• Rumusan 31
• Rujukan 32
• Lampiran 33
............................................................
1. PENGHARGAANAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerja kursus ini.
Saya Bang Bal pelajar Tingkatan 3 A mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah membantu saya semasa saya mambuat Kajian Geografi Tempatan(KGT).
Terlebih dahulu,saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan ............................... iaitu ................................... kerana memberi sokongan kepada saya menjalankan kajian ini.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Pn. Ro dan En. Na kerana telah membantu saya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan laporan ini dan mengizinkan saya menemu bual responden di kawasan kajian.
Saya juga ingin merakamkan setingi-tinggi terima kasih kepada guru Geografi saya Mr N kerana telah meluangkan masanya untuk memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dengan begitu dedikasi.
Tidak lupa juga terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Abdul Adzim Bin Mohd Fuad, Fatin Nabila Binti Aziz, Muhd Hazim Bin Nasere, dan Muhd Muanawir Bin Shukri. Mereka telah banyak memberi maklumat yang berguna kepada saya.Di samping itu, mereka juga menolong saya menyelesaikan pelbagai masalah semasa saya membuat kajian ini.
Akhir sekali, ucapkan jutaan terima kasih kepada semua responden antarana Encik Saidi Idrus, Mohd Isa Haron, Hj. Jamal, Nenek Som dan Tok Besah kerana sudi ditemu bual. Bantuan yang diberi oleh mereka tidak ternilai harganya dan saya akan menghargai selama-lamanya.
..........................................................................
2. PENDAHULUAN
Kajian Geografi Tempatan ini merupakan syarat wajib bagi setiap calon PMR yang akan menduduki PMR pada bulan Oktober nanti. Kajian ini memerlukan saya turun ke lapangan untuk mendapat maklumat yang secukupnya untuk menghasilkan laporan yang lengkap.
Saya memilih tajuk ‘Perniagaan Runcit Pasar Malam sebagai kawasan kajian sebagai tajuk kajian kerja kursus geografi . Saya memilih untuk membuat kajian tentang perniagaan runcit pasar malam yang diadakan pada hari rabu di kawasan Taman Sri Tampoi mukim Gajah Mati, di daerah Pokok Sena. Perniagaan Runcit Pasar Malam menyumbang peranan yang penting kepada penduduk sekitar.
Selain itu kawasan kajian terletak berhampiran tempat tinggal saya iaitu berjarak 0.8 km dan di samping itu juga ramai rakan saya juga tinggal di kawasan tersebut dan memudahkan saya mendapatkan maklumat untuk menjalankan kajian.
Saya menjalankan kajian ini selama 6 minggu iaitu meliputi kerja-kerja pemerhatian, soal selidik, rujukan dan menulis laporan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
..............................................................
3. OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian di Pasar Malam Taman Sri Tampoi dengan tujuan untuk memenuhi beberapa objektif.
Antaranya, ialah dapat mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit Pasar Malam Taman Sri Tampoi . Selain itu, saya juga dapat menyenaraikan dan menjelaskan kepentingan Pasar Malam Taman Sri Tampoi
Di samping itu, saya juga dapat menyenaraikan dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi Pasar Malam Taman Sri Tampoi . Dalam konteks itu, kesan negatif perniagaan runcit juga dapat dikenalpasti dan menimbulkan cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit.
Akhir sekali, saya berasa berbangga dengan wujudnya pasar sehari ini. Hai ini terjadi kerana, pasar malam ini dapat memudahkan penduduk berdekatan mendapatkan barangan keperluan mereka. Tambahan pula, dengan penjualan barangan berkualiti tinggi dengan harga murah menambahkan lagi tarikan penduduk berdekatan agar berkunjung ke Pasar Malam Taman Sri Tampoi ini.
Di samping itu, saya juga dapat menyenaraikan dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi Pasar Malam Taman Sri Tampoi . Dalam konteks itu, kesan negatif perniagaan runcit juga dapat dikenalpasti dan menimbulkan cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit.
Akhir sekali, saya berasa berbangga dengan wujudnya pasar sehari ini. Hai ini terjadi kerana, pasar malam ini dapat memudahkan penduduk berdekatan mendapatkan barangan keperluan mereka. Tambahan pula, dengan penjualan barangan berkualiti tinggi dengan harga murah menambahkan lagi tarikan penduduk berdekatan agar berkunjung ke Pasar Malam Taman Sri Tampoi ini.
No comments:
Post a Comment