Monday, 25 June 2012

PASAR SEHARI

PEKAN POKOK SENA,

KEDAH DARULAMAN.


........................................................


SENARAI KANDUNGAN


ISI KANDUNGAN                            HALAMAN


· Penghargaan                                             1
• Pendahuluan                                             2
• Objektif kajian                                          3
• Kawasan kajian                                        4
• Kaedah kajian                                           8
• Dapatan kajian                                          9
• Rumusan                                                  31
• Rujukan                                                   32
• Lampiran                                                  33

............................................................

PENGHARGAAN


Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi atas kekuatan yang diberikan kepada saya, dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Geografi PMR 2012.

Saya merakamkan ucapan terima kasih Tuan Pengetua, Encik GA kerana telah memberikan keizinan kepada saya untuk menjalankan tugasan ini.

Tidak ketinggalan kepada guru Geografi Puan N yang telah memberi panduan dan tunjuk ajar yang amat berguna hingga terealisasinya kerja kursus ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saya iaitu Puan K dan Encik SYA atas sokongan tanpa jemu dari segi moral dan kewangan kepada saya.

Begitu juga, ucapan terima kasih saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan, Nur Zaiyatun Aniza Zainudin kerana sudi membantu dalam menyiapkan tugasan ini.

Dan yang terakhir sekali, dilupakan juga ucapan terima kasih kepada 3 responden yang saya temubual iaitu Encik Mohd Noor , Encik Atan dan Puan Munah dan 17 lagi peniaga yang telah memberikan kerjasama kepada saya sepanjang kajian dijalankan.

Akhir kata saya titipkan sebuah pantun;

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budimu tuan dikenang jua.


Sekian , Terima kasih

………………………………………

1. PENDAHULUAN

Saya telah memilih untuk membuat tajuk kajian tentang Perniagaan Runcit Pasar Sehari yang diadakan pada setiap hari Sabtu di Pekan Pokok Sena, Kedah Darulaman.

Saya memilih tajuk ini kerana berdekatan dengan tempat tinggal saya iaitu kira-kira 3 kilometer sahaja . Malah tempat ini saya sering kunjungi ketika hujung minggu untuk mendapatkan barangan harian.

Masa yang diberikan untuk melaksanakan kerja kursus ini ialah selama dua bulan iaitu sepanjang bulan Mac hingga April.

................................................................

2. OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian di Pasar Sehari Pekan Pokok Sena dengan tujuan untuk memenuhi beberapa objektif. Antaranya, ialah dapat mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit pasar sehari Pekan Pokok Sena. Selain itu, saya juga dapat menyenaraikan dan menjelaskan kepentingan pasar sehari di Pekan Pokok Sena.

Di samping itu, saya juga dapat menyenaraikan dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi Pasar Sehari Pokok Sena. Dalam konteks itu, kesan negatif perniagaan runcit juga dapat dikenalpasti dan menimbulkan cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit.

Akhir sekali, saya berasa berbangga dengan wujudnya pasar sehari ini. Hai ini terjadi kerana, pasar sehari ini dapat memudahkan penduduk berdekatan mendapatkan barangan keperluan mereka. Tambahan pula, dengan penjualan barangan berkualiti tinggi dengan harga murah menambahkan lagi tarikan penduduk berdekatan agar berkunjung ke Pasar Sehari Pekan Pokok Sena ini.

.........................................................................
3. KAWASAN KAJIAN


Kawasan kajian saya ialah Pasar Sehari Pekan Pokok Sena . Ia berada dalam daerah Pokok Sena terletak di negeri Kedah Darul Aman. Pokok Sena merupakan daerah ke-12 yang diisytiharkan oleh Sultan Kedah pada 2009.Dalam peta, Pokok Sena terletak di 6.2' Utara , 100.4' Timur. Pekan Pokok Sena terletak di simpang tiga jalan ke Naka, ke Kuala Nerang dan ke Langgar, Kedah.

Pasar Sehari ini lebih dikenali dengan panggilan “Pekan Nat” oleh penduduk setempat. Panggilan ini berasal dari perkataan dalam bahasa Siam yang bermaksud sehari. Oleh kerana bahasa pertuturan penduduk sekitar Pokok Sena mempunyai sedikit sebanyak pengaruh bahasa Siam maka pasar minggu ini lebih dikenali dengan ‘Pekan Nat’.

Manakala nama Pekan Pokok Sena pula berasal dari nama sepohon pokok iaitu Pokok Sena atau nama saintifiknya “PTEROCARBUS INDICUS”. Sejarah awal Pekan Pokok Sena dikesan melalui kisah kunjungan peneroka pertama iaitu Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad seorang ulama berasal dari Pattani, Thailand, sekitar awal tahun 1920 .

Pekan Pokok Sena terus berkembang dan muncul sebagai pangkalan persinggahan perahu dan tongkang yang mengangkut hasil dagangan dan barangan keperluan harian. Sebuah balai polis dibina untuk mengawal ketenteraman awam dan sebagai tempat memasung orang salah. Lokasi ini sekarang di kenali sebagai Kampung Pokok Sena Lama.

Pembinaan infrastruktur jalan Pokok Sena ke Kuala Nerang telah mendorong Pekan Pokok Sena berpindah dari lokasi sekarang di Kampung Pokok Sena Lama ke kawasan sekitar balai polis sedia ada

Pekan Pokok Sena berada jauhnya lebih kurang 20 km dari Bandar Alor Setar dan 12 km dan jarak dari Pekan Kuala Nerang. Kedudukan Pekan Pokok Sena boleh dilihat dalam Peta 1, Peta 2 dan Pelan 1 :



PETA 1 : LOKASI PEKAN POKOK SENA DALAM NEGERI KEDAH

PETA 2 : KAWASAN DAERAH POKOK SENA DALAM NEGERI KEDAH


PLAN 1 : LOKASI PEKAN HARI  POKOK SENA



4. KAEDAH KAJIAN

Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat.

4.1 PEMERHATIAN

Saya telah membuat pemerhatian di seluruh kawasan kajian dan membuat catatan. Perkara yang saya perhatikan ialah situasi kawasan pasar sehari dan masalah-masalah yang terdapat di situ.

4.2 TEMUBUAL

Saya telah menemubual 3 orang responden yang menjalankan perniagaan di Pasar Sehari Pekan Pokok Sena. Temu bual berkisar masalah yang dihadapi oleh peniaga di pasar sehari dan beberapa cadangan mereka tentang bagaimana untuk mengatasi masalah mereka sebagai peniaga.

4.3 SOAL SELIDIK

Saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik untuk memudahkan maklumat mengenai jenis perniagaan, modal peniaga dan sumber utama atau sampingan.


4.4 RUJUKAN
Saya juga membuat rujukan dari internet.


5. DAPATAN KAJIAN

5.1 KONSEP DAN JENIS PERNIAGAAN ‘PASAR SEHARI’

       Pasar sehari merupakan konsep pasar atau ‘bazaar’ yang perniagaannya dimulakan pada waktu pagi sehingga kepada waktu tengahari. Ia merupakan sejenis pasar jalanan yang biasanya berada di kawasan perumahan atau pekan kecil.

Terdapat pelbagai gerai mudah alih, yang menjual barang-barangan seperti makanan dan hasil tani seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan barangan basah yang lain. Barangan lain seperti permainan, perkakasan, buku, baju dan sebagainya ada dijual. Ia menarik banyak orang mengunjunginya kerana harga barangan yang berpatutan. Tawar menawar merupakan amalan biasa di pasar sedemikian.

Di Malaysia peniaga mendapat lesen peniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan. Pasar Sehari Pokok Sena diadakan pada setiap hari Sabtu. Sepanjang pemerhatian saya gambaran situasi Pasar Sehari Pokok Sena dapat digambarkan melalui gambar di bawah.

Situasi Pasar Minggu Pokok Sena

    Berdasarkan kaedah pemerhatian yang saya jalankan berikut digambarkan situasi Pasar Minggu Pokok Sena.

kawasan penjual buah



Kawasan jualan barang basah. Lihat susunan ayam yang menarik.


Daging lembu turut di jual.

Di akhir masa, kesemua cili dan bendi ini akan habis di jual, termasuk yang dalam bakul tu.



Kawasan jualan ikan.



Kawasan jualan barangan dapur.
 Kawasan jualan Kuih

Kawasan jualan pakaian dan terdapat juga pakaian terpakai.





5.2 KEPENTINGAN PERNIAGAAN PASAR SEHARI

Hasil kajian yang saya jalankan saya mendapati bahawa perniagaan runcit di Pasar Sehari Pokok Sena mempunyai beberapa kepentingan terhadap penduduk sekitar.


5.2.1 MENINGKATKAN TARAF HIDUP / PENDAPATAN PENDUDUK TEMPATAN

Perniagaan di Pasar Sehari ini dapat meningkatkan taraf hidup atau pendapatan penduduk tempatan. Hasil soal selidik terhadap 20 responden mendapati bahawa 80% peniaga menjadikan pasar sehari ini sebagai sumber pendapatan sampingan mereka. Ini dapat ditunjukkan dalam jadual dan graf di bawah.

KEPENTINGAN PASAR MINGGU KEPADA PENIAGA

KEPENTINGAN PASAR MINGGU KEPADA PENIAGA
BIL PENIAGA
Pekerjaan utama
4
Pekerjaan sampingan
16


Majoriti peniaga yang berniaga di Pasar Sehari ini adalah untuk menambah dan menyokong hasil pendapatan yang mereka peroleh dari sumber utama pendapatan mereka iaitu pertanian. Bercucuk tanam merupakan salah satu sumber utama pendapatan mereka.

Saya bersyukur kerana dengan adanya Pasar Sehari ini dapat meningkatkan taraf hidup peniaga dengan memperoleh pendapatan sampingan dengan berniaga sekali seminggu di Pasar Sehari.

5.2.2 MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN

Pasar Sehari ini juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Melalui temuramah dengan tiga orang responden, mereka memaklumkan kepada saya ada peniaga yang mengaji orang untuk membantunya dalam menjalankan perniagaannya. Hal ini dapat membuka peluang pekerjaan di samping mengurangkan kadar pengganguran di kalangan remaja pada masa kini.

Saya berasa berbangga dengan adanya Pasar Sehari ini, secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan kepada penggangur. Ini kerana kebanyakan pelajar lepasan SPM yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dan tidak berkelayakan memohon pekerjaan, menggangur.

Saya juga menghargai jasa pihak peniaga yang sanggup mengambil risiko mengaji pekerja yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan ini.

5.2.3 MEMUDAHKAN PENDUDUK TEMPATAN MEMBELI BARANGAN

Pasar Sehari ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke bandar Alor Setar di samping dapat menjimatkan masa serta kos. Ini dapat dilihat dari hasil temuramah yang saya lakukan terhadap 3 peniaga di situ yang mengatakan bahawa “dengan ada nya pasar sehari ini, memudahkan pembeli membeli barang di bandar dan tidak membuang masa untuk ke kedai runcit tambahan pula semua barangan boleh didapati di satu tempat sahaja”.

Lebih – lebih lagi, dengan kenaikan harga petrol, tidak berbaloi rasanya untuk membazirkan minyak petrol dengan sekadar membeli satu dua barangan dapur. Tambahan pula, dengan kesibukan penduduk dalam menjalani kehidupan harian mendesak agar masa beli – belah menjadi terhad.

Saya berasa bersyukur kerana Pasar Sehari dapat meringankan beban pembeli yang berpendapatan rendah ini daripada membeli barangan di mana – mana pasaraya di Alor Setar. Ini dapat menjimatkan kos yang mereka keluarkan sama ada dari segi wang atau pun masa.

5.2.4 MENYEDIAKAN BARANGAN SEGAR

Pasar sehari ini menjual barangan yang segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Di samping itu, pasar sehari juga menawarkan barangan yang berkualiti serta menjual dengan harga yang berpatutan. Pembeli juga mempunyai pelbagai pilihan dalam satu tempat sahaja. Ini dapat dilihat melalui soal selidik terhadap 20 orang peniaga di kawasan kajian.

Dapatan soal selidik itu boleh dilihat dalam jadual dan carta pai dibawah.

JENIS BARANGAN YANG DIJUAL

BARANGAN YANG DIJUAL
BIL PENIAGA
ikan
4
sayur-sayuran
3
barangan dapur
2
pakaian
4
makanan dan kuih muih
5
lain-lain
2



Saya bersyukur dengan adanya Pasar Sehari ini membolehkan pembeli yang berpendapatan rendah membeli barangan segar yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

5.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERNIAGAAN RUNCIT DI PASAR SEHARI POKOK SENA.

Hasil kajian yang saya jalankan saya mendapati bahawa perniagaan runcit di Pasar Sehari Pokok Sena dipengaruhi oleh faktor-faktor di bawah.

5.3.1 MODAL

Pasar Sehari ini tidak memerlukan modal yang besar hanya mengeluarkan modal yang minimum. Hal ini kerana mereka hanya perlu menyediakan payung dan khemah sahaja dan tidak perlu melabur dengan banyak. Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 – RM 300 untuk berniaga di Pasar Sehari ini. Ini dapat ditunjukkan melalui jadual 1 dan rajah 1 hasil dari soal selidik saya bersama 20 responden.

MODAL PENIAGAAN

MODAL PENIAGA
PENIAGA
kurang dari RM100
     2
RM100 – RM200
     5
RM 200 – RM300
     7
melebihi RM300
     6


Saya bersyukur kerana dengan adanya Pasar Sehari ini peniaga tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak hanya sekadar kadaran minimum sahaja. Ini memberi kelebihan dan kemudahan kepada peniaga yang berpendapatan rendah untuk berniaga bersama – sama peniaga lain di Pasar Sehari.






5.3.2 INFRASTRUKTUR

Hasil pemerhatian saya juga saya mendapati , dengan adanya Pasar Sehari ini, kerajaan telah menyediakan kemudahan seperti tempat meletak kenderaan, bekalan elektrik dan air. Ini dapat memudahkan peniaga berniaga dengan selesa.

Saya bersyukur dengan adanya infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan ini bukan sahaja menyenangkan peniaga malahan saya sebagai pembeli merasai ‘tempiasnya’. Ini dibuktikan apabila ingin meletak kenderaan, tempat untuk meletak kenderaan telah sedia ada dan kita tidak perlu bertungkus – lumus mencari tempat meletak kenderaan.

5.3.3 KESESUAIAN WAKTU BERNIAGA

Pasar Sehari ini menjalankan perniagaan pada hari sabtu (hari cuti) iaitu bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang. Ini dapat memudahkan pekerja kerajaan mahu pun swasta yang bercuti pada hari tersebut untuk membeli barangan keperluan mereka.

Malah sepanjang pemerhatian saya , saya mendapati terdapat pengunjung pasar sehari yang mengambil kesempatan mengunjungi Pasar sehari untuk bertemu dengan rakan-rakan dan makan bersama-sama di tempat yang disediakan. Suasana seperti ini menjadikan Pasar Sehari ini sebagai pusat pertemuan setempat penduduk.

5.3.3 GOVERNAN

Pihak kerajaan juga secara tidak langsung telah mempengaruhi perniagaan di Pasar Sehari. Pihak kerajaan telah menyediakan tapak yang sesuai dengan jenis perniagaan dengan harga yang berpatutan. Ini dapat menyemarakkan lagi semangat perniaga untuk berniaga di Pasar Sehari.

Saya menghargai jasa pihak kerajaan yang terlibat dalam urusan Perniagaan di Pasar Sehari ini. Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban perniaga.

5.4 KESAN NEGATIF PERNIAGAAN RUNCIT DI PASAR SEHARI PEKAN POKOK SENA

Ketika melaksanakan kerja kursus ini, hasil pemerhatian saya terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenalpasti.

5.4.1 PENCEMARAN

Kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar minggu ini akan dipenuhi dengan sampah sarap. Lebih menyedihkan lagi, sampah – sarap itu akan berterbangan dan berselerak ke tempat lain.

Sampah sarap yang bertarabur dan berterbangan

Ini dapat menimbulkan pencemaran di samping menyukarkan pembeli untuk menyusuri tapak perniagaan itu sendiri kerana bau yang kurang menyenangkan.

Namun, ada segelintir peniaga yang bersikap rasional membersihkan kembali tapak perniagaan mereka. Saya menghargai sikap peniaga tersebut kerana beliau amat menitik beratkan perihal alam kerana percemaran ini merupakan isu yang hangat diperkatakan bukan sahaja di Malaysia , tetapi di seluruh dunia.


5.4.2 KESESAKAN LALU LINTAS

Masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati. Walaupun pihak kerajaan telah menyediakan infrastruktur yang baik, termasuklqh tempat meletak kereta, ada juga segelintir pengunjung yang tidak menggunakan infrastruktur tersebut dengan betul. Ini diburukkan lagi dengan sikap segelintir peniaga yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas dengan berniaga hingga ke gigi jalan. Ini menyukarkan keadaan.

Terdapat peniaga yang berniaga hingga masuk ke jalan utama ke Naka,
ini menyebabkan kesesakan dan aliran trafik yang perlahan.


Kedudukan gerai tudung ini melarat hingga ke atas jalan ke Pokok Sena.


5.4.3 HARGA TANPA KAWALAN

Kebanyakan harga barang di pasar minggu ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan. Terdapat pembeli yang tertipu dengan sikap peniaga yang menaikkan harga dengan sengaja.

Antara alasan yang dilontarkan oleh peniaga apabila harga dengan tiba-tiba yang meningkat ialah ‘musim hujan nelayan tak turun laut’ , ‘laut bergelora’ dan sebagainya.


Jualan ikan segar yang tidak diletakkan tanda harga.

5.4.4 BARANGAN TIDAK BERKUALITI

Terdapat juga barangan tidak berkualiti dari segi ketulenannya. Contohnya jam yang berjenama di jual di Pasar Sehari dengan harga yang murah, itu tandanya barangan itu tidak berkualiti atau dengan kata lain barangan palsu.

Menjual barangan palsu ini merupakan salah satu jenayah yang kian menular pada masa kini. Saya bersyukur jikalau terdapat pihak – pihak tertentu sama ada pihak kerajaan mahupun pihak NGO sekali pun yang berusaha membanteras penjualan barangan palsu ini.

5.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGAN KESAN NEGATIF PERNIAGAAN RUNCIT POKOK SENA.

Terdapat beberapa cadangan saya untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di Pasar Sehari Pokok Sena. Terdapat juga cadangan yang diusulkan sendiri oleh responden melalui sesi temu bual.


5.5.1 PENGAWALAN HARGA

Kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual. Pihak berkenaan perlu sering turun padang untuk memastikan pelanggan tidak ditindas. Sepatutnya semua peniaga perlu meletakkan tanda harga untuk memudahkan urusniaga mereka seperti diamalkan oleh peniaga dalam gambar di bawah.

























Meletakkan tanda harga pada jualan memudahkan pembeli dan peniaga


Saya bersyukur kerana ada juga segelintir peniaga yang berbuat demikian tetapi hanya segelitir. Saya menghargai sikap peniaga tersebut yang mengamalkan sikap yang sepatutnya ada pada seorang peniaga yang berjaya.

5.5.2. KEMPEN KESEDARAN

Kempen kesedaran ini mengunakan risalah , tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga untuk sama-sama menjaga kebersihan kawasan.

Sebagai contoh, ‘Cintailah Alam Sekitar’ dan ‘ Kurangkan Penggunaan Plastik’.

Nilai cintakan kebersihan perlu disemai dalam jiwa setiap individu sama ada peniaga atau pembeli.

5.5.3 MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ASAS

Pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan, ini bagi memudahkan pembersihan dilakukan sendiri oleh perniaga dapat dijalankan dengan lebih mudah.


Contoh aspek kebersihan yang boleh digunakan, iaitu satu peniaga satu tempat sampah.

Saya menghargai jasa pihak kerajaan yang berusaha menyediakan kemudahan asas. Sumbangan itu sedikit sebanyak menberikan kesedaran kepada peniaga untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran tapak berniaga.


6. RUMUSAN

Perniagaan runcit Pasar Sehari Pokok Sena ini banyak memberi manfaat kepada peniaga dan pengunjung. Antaranya , menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup / pendapatan , memudahkan penduduk tempatan membeli barangan dan menyediakan barangan segar.

Kemudian, saya dapat mengenalpasti faktor – faktor mempergaruhi Perniagaan Runcit Pasar Sehari Pokok Sena. Antaranya, governan, modal, kesesuaian waktu berniaga dan infrastruktur.

Selain itu, saya mendapati pelbagai kesan negatif Perniagaan Runcit Pasar Sehari Pokok Sena. Antaranya, pencemaran, kesesakan lalu lintas, harga tanpa kawalan dan barangan tidak berkualiti.

Seterusnya, saya telah mencadangkan beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan negatif Perniagaan Runcit Pasar Sehari Pokok Sena. Antaranya, menyediakan kemudahan asas , kempen kesedaran dan pengawalan harga.

Diharap agar Pasar Sehari Pokok Sena ini dapat diteruskan dalam usaha mezahirkan kemudahan dan kelebihan kepada pengguna dan peniaga. Namun begitu semua pihak perlu sedar dan sama-sama menyembeleng tenaga untuk memastikan Pasar Sehari Pokok Sena ini tidak tercemar dan mendapat tangapan yang buruk dalam kaca  mata masyarakat.


7. RUJUKAN


  • ABD Rahim Md Nor, Buku Teks Tingkatan 3, Cerdik Publications Sdn. Bhd.
  • Chong Mui Sen, Nexus Vista PMR 2009, Sasbadi Sdn. Bhd

Tiga responden yang ditemuramah :


  • Encik Mohd Noor , 58 tahun, Kampung Batu 14, Kuala Nerang. (peniaga ikan)
  • Encik Atan, 63 tahun, Padang Serai, Jalan Pokok Sena. (peniaga sayur)


  • Puan Munah, 54 tahun, Kampung Sungai Durian, Pokok Sena.(peniaga kuih)


8. LAMPIRAN

1. Surat pengenalan diri calon
2. Surat kebenaran membuat kajian
3. Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga
4. Surat kebenaran ibu/bapa penjaga
5. Borang soal selidik
6. Jadual dapatan borang soal selidik


SOALAN TEMURAMAH
PENIAGA PASAR SEHARI 
POKOK SENA


Nama : Puan Munah

Jenis perniagaan: Peniaga Kuih

Bilangan pekerja : seorang (ahli keluarga)

Kelebihan berniaga di Pasar Sehari Pokok Sena :
a) Tidak perlu mengeluarkan modal berniaga yang banyak.
b) Tapak telah tersedia.

Cadangan untuk penambahbaikan Pasar Sehari Pokok Sena:
a) Menempatkan polis trafik untuk mengawal kesesakan lalu lintas.
b) Memperbanyakkan tong sampah untuk kebersihan sekitar tapak pasar sehari.





SOALAN TEMURAMAH
PENIAGA PASAR SEHARI POKOK SENA


Nama : Encik Mohd Noor

Jenis perniagaan: Peniaga ikan

Bilangan pekerja : 3 orang (pelajar lepasan SPM)

Kelebihan berniaga di Pasar Sehari Pokok Sena :
a) Tidak perlu bersusah payah mencari pemborong untuk memasarkan ikan.
b) Tidak perlu mengeluarkan modal berniaga yang banyak.

Cadangan untuk penambahbaikan Pasar Sehari Pokok Sena:
a) Memperbanyakkan tempat meletakkan kenderaan untuk mengawal kesesakan lalu lintas.
b) Memperbanyakkan tong sampah untuk kebersihan sekitar tapak pasar sehari.

No comments:

Post a Comment