Thursday, 5 July 2012

PASAR MALAM 
TAMAN SRI TAMPOI
KEDAH DARULAMAN.


........................................................

SENARAI KANDUNGAN


ISI KANDUNGAN                      HALAMAN
·1.  Penghargaan                                    1
•2.  Pendahuluan                                    2
•3.  Objektif kajian                                 3
• Kawasan kajian                               4 
• Kaedah kajian                                 8
• Dapatan kajian                                9 
• Rumusan                                         31
• Rujukan                                          32
• Lampiran                                        33

............................................................
1. PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerja kursus ini.

Saya Bang Bal pelajar Tingkatan 3 A mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah membantu saya semasa saya mambuat Kajian Geografi Tempatan(KGT).

Terlebih dahulu,saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan ............................... iaitu ................................... kerana memberi sokongan kepada saya menjalankan kajian ini.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Pn. Ro dan En. Na kerana telah membantu saya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan laporan ini dan mengizinkan saya menemu bual responden di kawasan kajian.

Saya juga ingin merakamkan setingi-tinggi terima kasih kepada guru Geografi saya Mr N kerana telah meluangkan masanya untuk memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dengan begitu dedikasi.

Tidak lupa juga terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Abdul Adzim Bin Mohd Fuad, Fatin Nabila Binti Aziz, Muhd Hazim Bin Nasere, dan Muhd Muanawir Bin Shukri. Mereka telah banyak memberi maklumat yang berguna kepada saya.Di samping itu, mereka juga menolong saya menyelesaikan pelbagai masalah semasa saya membuat kajian ini.

Akhir sekali, ucapkan jutaan terima kasih kepada semua responden antarana Encik Saidi Idrus, Mohd Isa Haron, Hj. Jamal, Nenek Som dan Tok Besah kerana sudi ditemu bual. Bantuan yang diberi oleh mereka tidak ternilai harganya dan saya akan menghargai selama-lamanya.

..........................................................................
2. PENDAHULUAN

Kajian Geografi Tempatan ini merupakan syarat wajib bagi setiap calon PMR yang akan menduduki PMR pada bulan Oktober nanti. Kajian ini memerlukan saya turun ke lapangan untuk mendapat maklumat yang secukupnya untuk menghasilkan laporan yang lengkap.

Saya memilih tajuk ‘Perniagaan Runcit Pasar Malam sebagai kawasan kajian sebagai tajuk kajian kerja kursus geografi . Saya memilih untuk membuat kajian tentang perniagaan runcit pasar malam yang diadakan pada hari rabu di kawasan Taman Sri Tampoi mukim Gajah Mati, di daerah Pokok Sena. Perniagaan Runcit Pasar Malam menyumbang peranan yang penting kepada penduduk sekitar.

Selain itu kawasan kajian terletak berhampiran tempat tinggal saya iaitu berjarak 0.8 km dan di samping itu juga ramai rakan saya juga tinggal di kawasan tersebut dan memudahkan saya mendapatkan maklumat untuk menjalankan kajian.

Saya menjalankan kajian ini selama 6 minggu iaitu meliputi kerja-kerja pemerhatian, soal selidik, rujukan dan menulis laporan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.



..............................................................

3. OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian di Pasar Malam Taman Sri Tampoi dengan tujuan untuk memenuhi beberapa objektif. 

Antaranya, ialah dapat mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit  Pasar Malam Taman Sri Tampoi . Selain itu, saya juga dapat menyenaraikan dan menjelaskan kepentingan  Pasar Malam Taman Sri Tampoi 

Di samping itu, saya juga dapat menyenaraikan dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi 
Pasar Malam Taman Sri Tampoi . Dalam konteks itu, kesan negatif perniagaan runcit juga dapat dikenalpasti dan menimbulkan cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit.

Akhir sekali, saya berasa berbangga dengan wujudnya pasar sehari ini. Hai ini terjadi kerana, pasar malam ini dapat memudahkan penduduk berdekatan mendapatkan barangan keperluan mereka. Tambahan pula, dengan penjualan barangan berkualiti tinggi dengan harga murah menambahkan lagi tarikan penduduk berdekatan agar berkunjung ke 
Pasar Malam Taman Sri Tampoi  ini.

Monday, 25 June 2012

PASAR SEHARI

PEKAN POKOK SENA,

KEDAH DARULAMAN.


........................................................


SENARAI KANDUNGAN


ISI KANDUNGAN                            HALAMAN


· Penghargaan                                             1
• Pendahuluan                                             2
• Objektif kajian                                          3
• Kawasan kajian                                        4
• Kaedah kajian                                           8
• Dapatan kajian                                          9
• Rumusan                                                  31
• Rujukan                                                   32
• Lampiran                                                  33

............................................................

PENGHARGAAN


Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi atas kekuatan yang diberikan kepada saya, dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Geografi PMR 2012.

Saya merakamkan ucapan terima kasih Tuan Pengetua, Encik GA kerana telah memberikan keizinan kepada saya untuk menjalankan tugasan ini.

Tidak ketinggalan kepada guru Geografi Puan N yang telah memberi panduan dan tunjuk ajar yang amat berguna hingga terealisasinya kerja kursus ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saya iaitu Puan K dan Encik SYA atas sokongan tanpa jemu dari segi moral dan kewangan kepada saya.

Begitu juga, ucapan terima kasih saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan, Nur Zaiyatun Aniza Zainudin kerana sudi membantu dalam menyiapkan tugasan ini.

Dan yang terakhir sekali, dilupakan juga ucapan terima kasih kepada 3 responden yang saya temubual iaitu Encik Mohd Noor , Encik Atan dan Puan Munah dan 17 lagi peniaga yang telah memberikan kerjasama kepada saya sepanjang kajian dijalankan.

Akhir kata saya titipkan sebuah pantun;

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budimu tuan dikenang jua.


Sekian , Terima kasih

………………………………………

1. PENDAHULUAN

Saya telah memilih untuk membuat tajuk kajian tentang Perniagaan Runcit Pasar Sehari yang diadakan pada setiap hari Sabtu di Pekan Pokok Sena, Kedah Darulaman.

Saya memilih tajuk ini kerana berdekatan dengan tempat tinggal saya iaitu kira-kira 3 kilometer sahaja . Malah tempat ini saya sering kunjungi ketika hujung minggu untuk mendapatkan barangan harian.

Masa yang diberikan untuk melaksanakan kerja kursus ini ialah selama dua bulan iaitu sepanjang bulan Mac hingga April.

................................................................

2. OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian di Pasar Sehari Pekan Pokok Sena dengan tujuan untuk memenuhi beberapa objektif. Antaranya, ialah dapat mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit pasar sehari Pekan Pokok Sena. Selain itu, saya juga dapat menyenaraikan dan menjelaskan kepentingan pasar sehari di Pekan Pokok Sena.

Di samping itu, saya juga dapat menyenaraikan dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi Pasar Sehari Pokok Sena. Dalam konteks itu, kesan negatif perniagaan runcit juga dapat dikenalpasti dan menimbulkan cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit.

Akhir sekali, saya berasa berbangga dengan wujudnya pasar sehari ini. Hai ini terjadi kerana, pasar sehari ini dapat memudahkan penduduk berdekatan mendapatkan barangan keperluan mereka. Tambahan pula, dengan penjualan barangan berkualiti tinggi dengan harga murah menambahkan lagi tarikan penduduk berdekatan agar berkunjung ke Pasar Sehari Pekan Pokok Sena ini.

.........................................................................
3. KAWASAN KAJIAN


Kawasan kajian saya ialah Pasar Sehari Pekan Pokok Sena . Ia berada dalam daerah Pokok Sena terletak di negeri Kedah Darul Aman. Pokok Sena merupakan daerah ke-12 yang diisytiharkan oleh Sultan Kedah pada 2009.Dalam peta, Pokok Sena terletak di 6.2' Utara , 100.4' Timur. Pekan Pokok Sena terletak di simpang tiga jalan ke Naka, ke Kuala Nerang dan ke Langgar, Kedah.

Pasar Sehari ini lebih dikenali dengan panggilan “Pekan Nat” oleh penduduk setempat. Panggilan ini berasal dari perkataan dalam bahasa Siam yang bermaksud sehari. Oleh kerana bahasa pertuturan penduduk sekitar Pokok Sena mempunyai sedikit sebanyak pengaruh bahasa Siam maka pasar minggu ini lebih dikenali dengan ‘Pekan Nat’.

Manakala nama Pekan Pokok Sena pula berasal dari nama sepohon pokok iaitu Pokok Sena atau nama saintifiknya “PTEROCARBUS INDICUS”. Sejarah awal Pekan Pokok Sena dikesan melalui kisah kunjungan peneroka pertama iaitu Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad seorang ulama berasal dari Pattani, Thailand, sekitar awal tahun 1920 .

Pekan Pokok Sena terus berkembang dan muncul sebagai pangkalan persinggahan perahu dan tongkang yang mengangkut hasil dagangan dan barangan keperluan harian. Sebuah balai polis dibina untuk mengawal ketenteraman awam dan sebagai tempat memasung orang salah. Lokasi ini sekarang di kenali sebagai Kampung Pokok Sena Lama.

Pembinaan infrastruktur jalan Pokok Sena ke Kuala Nerang telah mendorong Pekan Pokok Sena berpindah dari lokasi sekarang di Kampung Pokok Sena Lama ke kawasan sekitar balai polis sedia ada

Pekan Pokok Sena berada jauhnya lebih kurang 20 km dari Bandar Alor Setar dan 12 km dan jarak dari Pekan Kuala Nerang. Kedudukan Pekan Pokok Sena boleh dilihat dalam Peta 1, Peta 2 dan Pelan 1 :



PETA 1 : LOKASI PEKAN POKOK SENA DALAM NEGERI KEDAH

PETA 2 : KAWASAN DAERAH POKOK SENA DALAM NEGERI KEDAH


PLAN 1 : LOKASI PEKAN HARI  POKOK SENA



4. KAEDAH KAJIAN

Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat.

4.1 PEMERHATIAN

Saya telah membuat pemerhatian di seluruh kawasan kajian dan membuat catatan. Perkara yang saya perhatikan ialah situasi kawasan pasar sehari dan masalah-masalah yang terdapat di situ.

4.2 TEMUBUAL

Saya telah menemubual 3 orang responden yang menjalankan perniagaan di Pasar Sehari Pekan Pokok Sena. Temu bual berkisar masalah yang dihadapi oleh peniaga di pasar sehari dan beberapa cadangan mereka tentang bagaimana untuk mengatasi masalah mereka sebagai peniaga.

4.3 SOAL SELIDIK

Saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik untuk memudahkan maklumat mengenai jenis perniagaan, modal peniaga dan sumber utama atau sampingan.


4.4 RUJUKAN
Saya juga membuat rujukan dari internet.


5. DAPATAN KAJIAN

5.1 KONSEP DAN JENIS PERNIAGAAN ‘PASAR SEHARI’

       Pasar sehari merupakan konsep pasar atau ‘bazaar’ yang perniagaannya dimulakan pada waktu pagi sehingga kepada waktu tengahari. Ia merupakan sejenis pasar jalanan yang biasanya berada di kawasan perumahan atau pekan kecil.

Terdapat pelbagai gerai mudah alih, yang menjual barang-barangan seperti makanan dan hasil tani seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan barangan basah yang lain. Barangan lain seperti permainan, perkakasan, buku, baju dan sebagainya ada dijual. Ia menarik banyak orang mengunjunginya kerana harga barangan yang berpatutan. Tawar menawar merupakan amalan biasa di pasar sedemikian.

Di Malaysia peniaga mendapat lesen peniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan. Pasar Sehari Pokok Sena diadakan pada setiap hari Sabtu. Sepanjang pemerhatian saya gambaran situasi Pasar Sehari Pokok Sena dapat digambarkan melalui gambar di bawah.

Situasi Pasar Minggu Pokok Sena

    Berdasarkan kaedah pemerhatian yang saya jalankan berikut digambarkan situasi Pasar Minggu Pokok Sena.

kawasan penjual buah



Kawasan jualan barang basah. Lihat susunan ayam yang menarik.


Daging lembu turut di jual.

Di akhir masa, kesemua cili dan bendi ini akan habis di jual, termasuk yang dalam bakul tu.



Kawasan jualan ikan.



Kawasan jualan barangan dapur.
 Kawasan jualan Kuih

Kawasan jualan pakaian dan terdapat juga pakaian terpakai.





5.2 KEPENTINGAN PERNIAGAAN PASAR SEHARI

Hasil kajian yang saya jalankan saya mendapati bahawa perniagaan runcit di Pasar Sehari Pokok Sena mempunyai beberapa kepentingan terhadap penduduk sekitar.


5.2.1 MENINGKATKAN TARAF HIDUP / PENDAPATAN PENDUDUK TEMPATAN

Perniagaan di Pasar Sehari ini dapat meningkatkan taraf hidup atau pendapatan penduduk tempatan. Hasil soal selidik terhadap 20 responden mendapati bahawa 80% peniaga menjadikan pasar sehari ini sebagai sumber pendapatan sampingan mereka. Ini dapat ditunjukkan dalam jadual dan graf di bawah.

KEPENTINGAN PASAR MINGGU KEPADA PENIAGA

KEPENTINGAN PASAR MINGGU KEPADA PENIAGA
BIL PENIAGA
Pekerjaan utama
4
Pekerjaan sampingan
16


Majoriti peniaga yang berniaga di Pasar Sehari ini adalah untuk menambah dan menyokong hasil pendapatan yang mereka peroleh dari sumber utama pendapatan mereka iaitu pertanian. Bercucuk tanam merupakan salah satu sumber utama pendapatan mereka.

Saya bersyukur kerana dengan adanya Pasar Sehari ini dapat meningkatkan taraf hidup peniaga dengan memperoleh pendapatan sampingan dengan berniaga sekali seminggu di Pasar Sehari.

5.2.2 MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN

Pasar Sehari ini juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Melalui temuramah dengan tiga orang responden, mereka memaklumkan kepada saya ada peniaga yang mengaji orang untuk membantunya dalam menjalankan perniagaannya. Hal ini dapat membuka peluang pekerjaan di samping mengurangkan kadar pengganguran di kalangan remaja pada masa kini.

Saya berasa berbangga dengan adanya Pasar Sehari ini, secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan kepada penggangur. Ini kerana kebanyakan pelajar lepasan SPM yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dan tidak berkelayakan memohon pekerjaan, menggangur.

Saya juga menghargai jasa pihak peniaga yang sanggup mengambil risiko mengaji pekerja yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan ini.

5.2.3 MEMUDAHKAN PENDUDUK TEMPATAN MEMBELI BARANGAN

Pasar Sehari ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke bandar Alor Setar di samping dapat menjimatkan masa serta kos. Ini dapat dilihat dari hasil temuramah yang saya lakukan terhadap 3 peniaga di situ yang mengatakan bahawa “dengan ada nya pasar sehari ini, memudahkan pembeli membeli barang di bandar dan tidak membuang masa untuk ke kedai runcit tambahan pula semua barangan boleh didapati di satu tempat sahaja”.

Lebih – lebih lagi, dengan kenaikan harga petrol, tidak berbaloi rasanya untuk membazirkan minyak petrol dengan sekadar membeli satu dua barangan dapur. Tambahan pula, dengan kesibukan penduduk dalam menjalani kehidupan harian mendesak agar masa beli – belah menjadi terhad.

Saya berasa bersyukur kerana Pasar Sehari dapat meringankan beban pembeli yang berpendapatan rendah ini daripada membeli barangan di mana – mana pasaraya di Alor Setar. Ini dapat menjimatkan kos yang mereka keluarkan sama ada dari segi wang atau pun masa.

5.2.4 MENYEDIAKAN BARANGAN SEGAR

Pasar sehari ini menjual barangan yang segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Di samping itu, pasar sehari juga menawarkan barangan yang berkualiti serta menjual dengan harga yang berpatutan. Pembeli juga mempunyai pelbagai pilihan dalam satu tempat sahaja. Ini dapat dilihat melalui soal selidik terhadap 20 orang peniaga di kawasan kajian.

Dapatan soal selidik itu boleh dilihat dalam jadual dan carta pai dibawah.

JENIS BARANGAN YANG DIJUAL

BARANGAN YANG DIJUAL
BIL PENIAGA
ikan
4
sayur-sayuran
3
barangan dapur
2
pakaian
4
makanan dan kuih muih
5
lain-lain
2



Saya bersyukur dengan adanya Pasar Sehari ini membolehkan pembeli yang berpendapatan rendah membeli barangan segar yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

5.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERNIAGAAN RUNCIT DI PASAR SEHARI POKOK SENA.

Hasil kajian yang saya jalankan saya mendapati bahawa perniagaan runcit di Pasar Sehari Pokok Sena dipengaruhi oleh faktor-faktor di bawah.

5.3.1 MODAL

Pasar Sehari ini tidak memerlukan modal yang besar hanya mengeluarkan modal yang minimum. Hal ini kerana mereka hanya perlu menyediakan payung dan khemah sahaja dan tidak perlu melabur dengan banyak. Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 – RM 300 untuk berniaga di Pasar Sehari ini. Ini dapat ditunjukkan melalui jadual 1 dan rajah 1 hasil dari soal selidik saya bersama 20 responden.

MODAL PENIAGAAN

MODAL PENIAGA
PENIAGA
kurang dari RM100
     2
RM100 – RM200
     5
RM 200 – RM300
     7
melebihi RM300
     6


Saya bersyukur kerana dengan adanya Pasar Sehari ini peniaga tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak hanya sekadar kadaran minimum sahaja. Ini memberi kelebihan dan kemudahan kepada peniaga yang berpendapatan rendah untuk berniaga bersama – sama peniaga lain di Pasar Sehari.






5.3.2 INFRASTRUKTUR

Hasil pemerhatian saya juga saya mendapati , dengan adanya Pasar Sehari ini, kerajaan telah menyediakan kemudahan seperti tempat meletak kenderaan, bekalan elektrik dan air. Ini dapat memudahkan peniaga berniaga dengan selesa.

Saya bersyukur dengan adanya infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan ini bukan sahaja menyenangkan peniaga malahan saya sebagai pembeli merasai ‘tempiasnya’. Ini dibuktikan apabila ingin meletak kenderaan, tempat untuk meletak kenderaan telah sedia ada dan kita tidak perlu bertungkus – lumus mencari tempat meletak kenderaan.

5.3.3 KESESUAIAN WAKTU BERNIAGA

Pasar Sehari ini menjalankan perniagaan pada hari sabtu (hari cuti) iaitu bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang. Ini dapat memudahkan pekerja kerajaan mahu pun swasta yang bercuti pada hari tersebut untuk membeli barangan keperluan mereka.

Malah sepanjang pemerhatian saya , saya mendapati terdapat pengunjung pasar sehari yang mengambil kesempatan mengunjungi Pasar sehari untuk bertemu dengan rakan-rakan dan makan bersama-sama di tempat yang disediakan. Suasana seperti ini menjadikan Pasar Sehari ini sebagai pusat pertemuan setempat penduduk.

5.3.3 GOVERNAN

Pihak kerajaan juga secara tidak langsung telah mempengaruhi perniagaan di Pasar Sehari. Pihak kerajaan telah menyediakan tapak yang sesuai dengan jenis perniagaan dengan harga yang berpatutan. Ini dapat menyemarakkan lagi semangat perniaga untuk berniaga di Pasar Sehari.

Saya menghargai jasa pihak kerajaan yang terlibat dalam urusan Perniagaan di Pasar Sehari ini. Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban perniaga.

5.4 KESAN NEGATIF PERNIAGAAN RUNCIT DI PASAR SEHARI PEKAN POKOK SENA

Ketika melaksanakan kerja kursus ini, hasil pemerhatian saya terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenalpasti.

5.4.1 PENCEMARAN

Kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar minggu ini akan dipenuhi dengan sampah sarap. Lebih menyedihkan lagi, sampah – sarap itu akan berterbangan dan berselerak ke tempat lain.

Sampah sarap yang bertarabur dan berterbangan

Ini dapat menimbulkan pencemaran di samping menyukarkan pembeli untuk menyusuri tapak perniagaan itu sendiri kerana bau yang kurang menyenangkan.

Namun, ada segelintir peniaga yang bersikap rasional membersihkan kembali tapak perniagaan mereka. Saya menghargai sikap peniaga tersebut kerana beliau amat menitik beratkan perihal alam kerana percemaran ini merupakan isu yang hangat diperkatakan bukan sahaja di Malaysia , tetapi di seluruh dunia.


5.4.2 KESESAKAN LALU LINTAS

Masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati. Walaupun pihak kerajaan telah menyediakan infrastruktur yang baik, termasuklqh tempat meletak kereta, ada juga segelintir pengunjung yang tidak menggunakan infrastruktur tersebut dengan betul. Ini diburukkan lagi dengan sikap segelintir peniaga yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas dengan berniaga hingga ke gigi jalan. Ini menyukarkan keadaan.

Terdapat peniaga yang berniaga hingga masuk ke jalan utama ke Naka,
ini menyebabkan kesesakan dan aliran trafik yang perlahan.


Kedudukan gerai tudung ini melarat hingga ke atas jalan ke Pokok Sena.


5.4.3 HARGA TANPA KAWALAN

Kebanyakan harga barang di pasar minggu ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan. Terdapat pembeli yang tertipu dengan sikap peniaga yang menaikkan harga dengan sengaja.

Antara alasan yang dilontarkan oleh peniaga apabila harga dengan tiba-tiba yang meningkat ialah ‘musim hujan nelayan tak turun laut’ , ‘laut bergelora’ dan sebagainya.


Jualan ikan segar yang tidak diletakkan tanda harga.

5.4.4 BARANGAN TIDAK BERKUALITI

Terdapat juga barangan tidak berkualiti dari segi ketulenannya. Contohnya jam yang berjenama di jual di Pasar Sehari dengan harga yang murah, itu tandanya barangan itu tidak berkualiti atau dengan kata lain barangan palsu.

Menjual barangan palsu ini merupakan salah satu jenayah yang kian menular pada masa kini. Saya bersyukur jikalau terdapat pihak – pihak tertentu sama ada pihak kerajaan mahupun pihak NGO sekali pun yang berusaha membanteras penjualan barangan palsu ini.

5.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGAN KESAN NEGATIF PERNIAGAAN RUNCIT POKOK SENA.

Terdapat beberapa cadangan saya untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di Pasar Sehari Pokok Sena. Terdapat juga cadangan yang diusulkan sendiri oleh responden melalui sesi temu bual.


5.5.1 PENGAWALAN HARGA

Kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual. Pihak berkenaan perlu sering turun padang untuk memastikan pelanggan tidak ditindas. Sepatutnya semua peniaga perlu meletakkan tanda harga untuk memudahkan urusniaga mereka seperti diamalkan oleh peniaga dalam gambar di bawah.

























Meletakkan tanda harga pada jualan memudahkan pembeli dan peniaga


Saya bersyukur kerana ada juga segelintir peniaga yang berbuat demikian tetapi hanya segelitir. Saya menghargai sikap peniaga tersebut yang mengamalkan sikap yang sepatutnya ada pada seorang peniaga yang berjaya.

5.5.2. KEMPEN KESEDARAN

Kempen kesedaran ini mengunakan risalah , tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga untuk sama-sama menjaga kebersihan kawasan.

Sebagai contoh, ‘Cintailah Alam Sekitar’ dan ‘ Kurangkan Penggunaan Plastik’.

Nilai cintakan kebersihan perlu disemai dalam jiwa setiap individu sama ada peniaga atau pembeli.

5.5.3 MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ASAS

Pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan, ini bagi memudahkan pembersihan dilakukan sendiri oleh perniaga dapat dijalankan dengan lebih mudah.


Contoh aspek kebersihan yang boleh digunakan, iaitu satu peniaga satu tempat sampah.

Saya menghargai jasa pihak kerajaan yang berusaha menyediakan kemudahan asas. Sumbangan itu sedikit sebanyak menberikan kesedaran kepada peniaga untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran tapak berniaga.


6. RUMUSAN

Perniagaan runcit Pasar Sehari Pokok Sena ini banyak memberi manfaat kepada peniaga dan pengunjung. Antaranya , menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup / pendapatan , memudahkan penduduk tempatan membeli barangan dan menyediakan barangan segar.

Kemudian, saya dapat mengenalpasti faktor – faktor mempergaruhi Perniagaan Runcit Pasar Sehari Pokok Sena. Antaranya, governan, modal, kesesuaian waktu berniaga dan infrastruktur.

Selain itu, saya mendapati pelbagai kesan negatif Perniagaan Runcit Pasar Sehari Pokok Sena. Antaranya, pencemaran, kesesakan lalu lintas, harga tanpa kawalan dan barangan tidak berkualiti.

Seterusnya, saya telah mencadangkan beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan negatif Perniagaan Runcit Pasar Sehari Pokok Sena. Antaranya, menyediakan kemudahan asas , kempen kesedaran dan pengawalan harga.

Diharap agar Pasar Sehari Pokok Sena ini dapat diteruskan dalam usaha mezahirkan kemudahan dan kelebihan kepada pengguna dan peniaga. Namun begitu semua pihak perlu sedar dan sama-sama menyembeleng tenaga untuk memastikan Pasar Sehari Pokok Sena ini tidak tercemar dan mendapat tangapan yang buruk dalam kaca  mata masyarakat.


7. RUJUKAN


  • ABD Rahim Md Nor, Buku Teks Tingkatan 3, Cerdik Publications Sdn. Bhd.
  • Chong Mui Sen, Nexus Vista PMR 2009, Sasbadi Sdn. Bhd

Tiga responden yang ditemuramah :


  • Encik Mohd Noor , 58 tahun, Kampung Batu 14, Kuala Nerang. (peniaga ikan)
  • Encik Atan, 63 tahun, Padang Serai, Jalan Pokok Sena. (peniaga sayur)


  • Puan Munah, 54 tahun, Kampung Sungai Durian, Pokok Sena.(peniaga kuih)


8. LAMPIRAN

1. Surat pengenalan diri calon
2. Surat kebenaran membuat kajian
3. Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga
4. Surat kebenaran ibu/bapa penjaga
5. Borang soal selidik
6. Jadual dapatan borang soal selidik


SOALAN TEMURAMAH
PENIAGA PASAR SEHARI 
POKOK SENA


Nama : Puan Munah

Jenis perniagaan: Peniaga Kuih

Bilangan pekerja : seorang (ahli keluarga)

Kelebihan berniaga di Pasar Sehari Pokok Sena :
a) Tidak perlu mengeluarkan modal berniaga yang banyak.
b) Tapak telah tersedia.

Cadangan untuk penambahbaikan Pasar Sehari Pokok Sena:
a) Menempatkan polis trafik untuk mengawal kesesakan lalu lintas.
b) Memperbanyakkan tong sampah untuk kebersihan sekitar tapak pasar sehari.





SOALAN TEMURAMAH
PENIAGA PASAR SEHARI POKOK SENA


Nama : Encik Mohd Noor

Jenis perniagaan: Peniaga ikan

Bilangan pekerja : 3 orang (pelajar lepasan SPM)

Kelebihan berniaga di Pasar Sehari Pokok Sena :
a) Tidak perlu bersusah payah mencari pemborong untuk memasarkan ikan.
b) Tidak perlu mengeluarkan modal berniaga yang banyak.

Cadangan untuk penambahbaikan Pasar Sehari Pokok Sena:
a) Memperbanyakkan tempat meletakkan kenderaan untuk mengawal kesesakan lalu lintas.
b) Memperbanyakkan tong sampah untuk kebersihan sekitar tapak pasar sehari.
KERJA KURSUS GEOGRAFI
PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2012

“Perniagaan Runcit Pasar Minggu
di Pekan Kuala Nerang,
06300 Kuala Nerang,
Kedah”.




NAMA : _________________________________
KELAS : _________________________________
SEKOLAH : _________________________________
NAMA GURU : _________________________________

TARIKH HANTAR : _________________________________

..........................................................................

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK                                              HALAMAN

1) Penghargaan
2) Pendahuluan
3) Objektif Kajian
4) Kawasan Kajian
5) Kaedah Kajian
6) Dapatan Kajian
7) Rumusan
8) Lampiran
9) Rujukan
10) Bukti ( borang soal selidik, tembu bual dan surat-surat yang berkaitan )

............................................................
1. PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerja kursus ini.

Saya Bang Bal pelajar Tingkatan 3 A mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah membantu saya semasa saya mambuat Kajian Geografi Tempatan(KGT).

Terlebih dahulu,saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan ............................... iaitu ................................... kerana memberi sokongan kepada saya menjalankan kajian ini.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Pn. Ro dan En. Na kerana telah membantu saya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan laporan ini dan mengizinkan saya menemu bual responden di kawasan kajian.

Saya juga ingin merakamkan setingi-tinggi terima kasih kepada guru Geografi saya Mr N kerana telah meluangkan masanya untuk memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dengan begitu dedikasi.

Tidak lupa juga terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Abdul Adzim Bin Mohd Fuad, Fatin Nabila Binti Aziz, Muhd Hazim Bin Nasere, dan Muhd Muanawir Bin Shukri. Mereka telah banyak memberi maklumat yang berguna kepada saya.Di samping itu, mereka juga menolong saya menyelesaikan pelbagai masalah semasa saya membuat kajian ini.

Akhir sekali, ucapkan jutaan terima kasih kepada semua responden antarana Encik Saidi Idrus, Mohd Isa Haron, Hj. Jamal, Nenek Som dan Tok Besah kerana sudi ditemu bual. Bantuan yang diberi oleh mereka tidak ternilai harganya dan saya akan menghargai selama-lamanya.
...........................................................................

2. PENDAHULUAN
Kajian Geografi Tempatan ini merupakan syarat wajib bagi setiap calon PMR yang akan menduduki PMR pada bulan Oktober nanti. Kajian ini memerlukan saya turun ke lapangan untuk mendapat maklumat yang secukupnya untuk menghasilkan laporan yang lengkap.

Saya memilih tajuk ‘Perniagaan Runcit Pasar Minggu di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah” sebagai tajuk kajian kerja kursus geografi . Saya memilih tajuk ini ini kerana Perniagaan Runcit Pasar Minggu yang dibuka setiap hari Selasa dan Sabtu di kawasan tersebut menyumbang peranan yang penting kepada penduduk sekitar.

Selain itu kawasan kajian terletak berhampiran tempat tinggal saya iaitu Taman Desa Seri Emas. Tambahan pula, ramai rakan saya juga tinggal di kawasan tersebut dan memudahkan saya mendapatkan maklumat untuk menjalankan kajian.

Saya menjalankan kajian ini selama 6 minggu iaitu meliputi kerja-kerja pemerhatian, soal selidik, rujukan dan menulis laporan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

...........................................................................

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian yang dijalankan ialah supaya pelajar dapat :-
1) Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit di pasar minggu Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah

2) Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah

3) Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah

4) Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah

5) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan kesan negatif perniagaan runcit di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah

6) Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah

7. Memupuk nilai bersyukur dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi kesan perniagaan runcit di di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah.

........................................................................

4. KAWASAN KAJIAN

Daerah Padang Terap terletak di bahagian timur laut Negeri Kedah Darul Aman, iaitu 25 km dari Bandaraya Alor Setar. Daerah ini disempadani oleh daerah Kubang Pasu di Barat Laut, Daerah Kota Setar di barat, Daerah Pendang di barat daya dan daerah Sik di tenggara. Daerah Padang Terap juga memiliki sempadan antarabangsa dengan negara Thailand di utara dan timur laut. (Rujuk Peta). Daerah Padang Terap mel;iputi kawasan seluas 135 730 hektar yang dibahagikan kepada 11 mukim. Tahun 2012 daerah ini mempunyai penduduk seramai 72 802 orang.



Peta : Kedudukan Daerah Padang Terap Dalam Konteks Negeri Kedah



Peta 2: Kawasan MDKT Padang Terap - Kuala Nerang




Peta Lakar 1 : Lokasi Pasar Minggu Kuala Nerang

Saya telah memilih Pekan Kuala Nerang sebagai kawasan kajian saya yang terletak di Mukim Belimbing Kanan dalam daerah Padang Terap. Tahun 2012, penduduk mukim Belimbing Kanan berjumlah 6 053 orang iaitu 8.31 peratus daripada 72 802 orang. Kawasan kajian saya meliputi beberapa buah taman dan beberapa buah kampong.

......................................................................

5. KAEDAH KAJIAN 

Kaedah kajian yang telah digunakan untuk menghasilkan kajian ialah:


1.     Pemerhatian

Saya telah memperhatikan bentuk muka bumi kawasan kajian.Saya juga telah memerhatikan jenis barangan yang dijual di Pasar Minggu. Barangan yang dijual seperti sayur-sayuran, pakaian, alat-alat keperluan dapur, alatan pertanian, ubat-ubatan herba tradisional dan lain-lain.

2.       Temu bual

Saya telah menemubual 3 orang penduduk dikawasan kajian untuk mendapat maklumat tentang kesan perniagaan. Sila rujuk lampiran …contoh borang temu bual


3.       Rujukan

Saya telah menbuat rujukan melalui internet untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang kawasan kajian. 

4.       Soal selidik
Saya telah membuat soal selidik terhadap 20 orang responden dengan menggunakan borang soal selidik. 

..........................................................................
DAPATAN KAJIAN
8.1     Konsep Perniagaan Runcit
      Merujuk kepada kamus dewan,  Perniagaan runcit ialah perniagaan secara kecil-kecilan yang menjual barangan keperluan harian kepada pengguna terakhir. Manakala buku teks perdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan dan jiran.

        Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ialah perniagaan runcit pasar minggu. Perniagaan runcit pasar minggu biasanya dijalankan oleh individu dan dibantu oleh ahli  keluarga.  Antara barangan yang dijual ialah makanan, buah-buahan, sayur-sayuran, barangan kraftangan, pakaian, ikan dan daging.

Biasanya gerai yang didirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain.

........................................................

8.2     Kepentingan Perniagaan Runcit Pekan Minggu di Pekan Kuala Nerang, Kedah
1.       Menyediakan Barangan Yang Segar
Melalui pemerhatian saya dapati barangan yang dijual di pasar minggu  di kawasan tersebut seperti sayur dan ikan serta buah-buahan dijual dalam keadaan segar begitu juga daging ayam dan lembu. Melalui temu bual dengan En. Md Isa bin Haron, beliau suka membeli barangan basah di pasar minggu ini kerana barangannya segar dan berkualiti di samping harga yang murah berbanding dengan barangan yang dijual di pasaraya berdekatan. Barangan yang dijual di pasaraya tidak segar dan daging dijual dalam keadaan sejuk beku.

2.               Menyediakan peluang pekerjaan
- perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga sayur dapat memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga.

3        Meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk
 Perniagaan pasar minggu ini dapat memberi peluang pekerjaan kepada peniaga untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah punca pendapatan mereka. Oleh itu, peluang pekerjaan tersebut telah memberi pendapatan tetap untuk menyara keluarga. Ini dapat diperjelaskan melalui temu bual dengan En. Saidi bin Idrus iaitu seorang peniaga ayam dari Kg Semeliang.

4        Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan
Pasar minggu ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke bandar Alor Setar. Sebagai contohnya En. Halim seorang penjual ubat ubatan telah datang menjual barangannya setiap minggu dari Alor Setar.  Keadaan ini dapat menjimatkan masa dan kos penduduk untuk mendapatkan ubat-ubatan di bandaraya Alor Setar.

5      Membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan
    pasar minggu ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka seperti buah-buahan, kerepek, hasil kraftangan dan lain-lain.


6.    Menjimat kos pengguna
       Melalui kaedah temu bual, Tn. Hj. Jusoh bin Mehat menyatakan barangan yang dijual seperti ikan, daging, makanan dan pakaian dijual dengan harga yang lebih murah berbanding pasaraya berdekatan. Oleh itu, kemudahan pasar minggu ini telah menjimatkan kos pengguna dan meringankan beban kerana kos sara hidup di kawasan luar bandar semakin tinggi.
            Saya selaku penduduk Pekan Kuala Nerang berasa bersyukur kerana kewujudan pasar minggu di Pekan Kuala Nerang dapat memudahkan urusan dan memberi manafaat kepada penduduk di kawasan berhampiran.



...........................................................
8.3     Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian

1) Goverman
Faktor goverman telah mengalakkan kewujudan pasar minggu di Pekan Kuala Nerang. Hal yang demikian kerana Majlis Daerah Kerajaan Tempatan (MDKT) Padang Terap telah menyediakan tapak yang sesuai untuk pasar minggu ini. (Rujuk peta).  Tapak tersebut pada asalnya petempatan penduduk asal Pekan Kuala Nerang telah dibangunkan untuk pembangunan pasar minggu. Kawasan ini dibangunkan semula dengan lebih sempurna dan telah disewa kepada peniaga pasar minggu. Pasar ini hanya dibuka pada hari Sabtu dan Selasa sahaja. Kemudahan tapak yang luas telah menggalakkan peniaga-peniaga menyewa tapak pasar tersebut. 

2) Modal

Pasar minggu ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil antara RM 500.00 – RM 3000.00 untuk berniaga di pasar minggu ini. Kemudahan pinjaman kewangan dari institusi kewangan seperti Bank Rakya, CIMB Bank, Bank Pertanian telah mengalakan ramai peniga untuk memimjam wang  untuk dijadikan modal perniagaan mereka. 

3) Infrastruktur
Tapak perniagaan yang selesa dan strategik, tempat meletakkan kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik merupakan antara faktor yang mempengaruhi perkembangan pasar minggu ini. Tapak perniagaan pasar minggu di Pekan Kuala Nerang telah dinaiktarafkan kepada bertar membolehkan urusan perniagaan berlaku dalam keadaan bersih dan selesa berbanding sebelum itu berkeadaan becak dan kotor. 
4) Pertambahan penduduk
- kebiasaannya pasar minggu ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah.
- penduduk di kawasan lain turut sama singgah ke pasar minggu ini. Penduduk dari Padang Sanai, Pedu dan Kurong Hitam terpaksa melalui Pekan Kuala Nerang untuk ke Alor Setar. Oleh itu Pekan Kuala Nerang merupakan persinggahan sementara mereka untuk berurusan.

5) Darjah ketersampaian
Lokasi pasar minggu ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah Pekan Kuala Nerang, Kedah dan mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa. 

6) Kesesuaian waktu berniaga
Pasar minggu ini menjalankan perniagaan pada hari sabtu (hari cuti) dan hari selasa iaitu bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang. Melalui temu bual dengan En. Lie Wan Dola, beliau suka ke pasar tersebut kerana masanya yang sesuai pada awal pagi setiap hari sabtu. Hal ini kerana hari biasa mereka sibuk bekerja dan keadaan jalan raya yang agak selesa. Saya juga bersyukur kerana kewujudan pasar minggu pada masa yang sesuai telah memudahkan penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan.
............................................................
8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian
Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenalpasti.

1.      Masalah sosial
         Pasar minggu ini menjadi tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok mata seperti berpegangan tangan dan memakai pakaian yang kurang sopan.



        
2. Persaingan dengan kedai runcit tempatan
- Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puashati kerana pengusaha kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian.

3. Pencemaran
- kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar minggu ini akan dipenuhi dengan sampah sarap. Ini kerana kebanyakan peniaga meninggalkan sampah sarap sesukan hati. Kelewatan mengangkut sampah oleh pihak MDKT Padang terap menyebabkan sekitar pasar minggu ini mengalami masalah busuk. Bau busuk ini dapat dirasa sehingga Taman Jati dan sekolah berhampiran. 

Sikap sambil lewa peniaga menjaga kebesihan telah mendapat teguran dari setiausaha Majlis dDerah Padang Terap, En Abdul Gafar Yahya. Kenyataan ini dapat dilihat dalam akhbar SINAR Harian terbitan 1 Februari 2012.
 (Rujuk : http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/mdpt-tutup-pasar-sehari-kotor-1.21244
 

4. Kesesakan lalu lintas
- 
masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan menyekat kenderaan lain. Hal ini berlaku kerana sikap mereka yang mementingkan diri sendiri dan tidak memperdulikan orang lain. Kesesaan ini berlaku kerana pihak MDKT Padang Terap tidak dapat menyediakan kawasan letak kereta yang sesuai. Keadaan ini menyebaban aliran trafik di persimpangan jalan Jalan Semeliang dan Jalan Kuala Nerang menjadi perlahan. Saya sebagai penduduk berhampiran sedar dan perlu lebih bertanggungjawab untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.



5. Harga tanpa kawalan
- 
kebanyakan harga barang di pasar minggu ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan. Oleh itu, terdapat kemungkinan pengunjung akan ditipu oleh peniaga yang menjual barangan melebihi harga biasa.

6. Barangan tidak berkualiti
- terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan mudah rosak.
- jual madu palsu, ubat-ubatan yang palsu yang boleh memudaratkan kesihatan.




7.  Sikap Peniaga Runcit
Ramai peniaga meletak gerai niaga mereka terlalu dekat, sehinggakan ada laluan  hanya boleh dilalui oleh seorang sahaja. Keadaan ini menyebabkan keadaan menjadi semakin sesak dan merimaskan. Sikap mementing diri peniaga ini menyebabkan nama baik pasar minggu ini mendapat nama buruk.
......................................................
8.5       Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif   Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian

1. Kuat kuasa undang-undang
- Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada peniaga terutamanya peniaga yang menipu pengguna dengan menjual barangan yang memudaratkan pengguna.



2. Pengawalan harga
- kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual di pasar minggu ini bagi mengelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak peniaga.

3. Kempen kesedaran
- boleh gunakan risalah – tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga.

Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat agar menjaga kebersihan, MDPT bekerjasama dengan Pejabat Agama Daerah Padang Terap mengedarkan khutbah Jumaat kepada semua masjid dalam daerah berkenaan yang akan dibacakan kepada jemaah masjid.


4. Menyediakan kemudahan asas
- pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam tong tersebut.


Walaubagai manapun saya bersyukur kerana pasar minggu di pekan Kuala Nerang ini  masih wujud semensejak sebelum merdeka lagi dan masih mengekalkan tahap kebersihannya.
..........................................



1. Jenis Barangan Yang Diperniagakan

.................................
Jenis Barangan
................................
.........................
Bilangan Gerai
.........................
Makanan         25
Minuman            37
Buah-buahan         12
Kasut/Pakaian/Kain         30
Ayam/Daging/Ikan         46
Sayur-sayuran         47
Barangan Runcit         49
Lain-lain         32
.............................................
JUMLAH GERAI
.............................................
   ..................

         278
.....................


JADUAL : 
Jenis Barangan Yang Dijual di Pasar Minggu Pekan Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah.




Kesan Negatif  Perniagaan Runcit Pasar Minggu di Pekan Kuala Nerang 
Kesan
Tandakan
(x)
Masalah sosial
      X
Persaingan dengan kedai runcit tempatan
      X
Pencemaran
       X
Kesesakan lalu lintas
      X
Wabak penyakit
      X
Harga tanpa kawalan
     X
Barangan tidak berkualiti
     X
Pembaziran (masa/wang)



Carta Aliran : Kesan Negatif Perniagaan Pasar Minggu Pekan Kuala Nerang
..............................................
RUMUSAN
- perniagaan runcit pasar minggu ini banyak memberi manfaat kepada peniaga dan pengunjung.

- dapat menambah pendapatan mereka manakala pembeli dapat membeli barangan keperluan harian dengan mudah dan dapat menjimatkan masa.



1.   FOTO
Foto 1 : Suasana Pasar Minggu Pekan Kuala Nerang


2.            Bahan daripada pelbagai sumber 
      i.     majalah, 
      ii.    surat khabar 
      iii.    internet
................................................................
L1.     Surat pengenalan diri calon

………alamat sekolah …………..
……………………………………
……………………………………
                              TEL ……………………
               FAX…………………….
...................................................................................................................................................................
Ruj. …………………………………………….
Tarikh  :………………………………………..

Kepada sesiapa yang berkenaan

Tuan/Puan
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN (KGT)

Pembawa surat ini ………………………………………………………………………….. No Kad Pengenalan …………………………………… adalah seorang pelajar tingkatan ………………. d Sekolah Menengah Kebangsaan ………………………………………………… Pelajar ini sedang membuat kajian luar untuk memenuhi syarat kehendak Kementerian Pelajran Malaysia bagi mata pelajaran Geografi KBSM.

2.            Kerjasama dan bantuan tuan / puan didahului ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


…………t.t………………………………..
Pengetua
……………………………….…………….
……………………………………………..
……………………………………………..


L2.  Surat kebenaran membuat kajian


………alamat sekolah…………………..
……………………………………………
……………………………………………
                              TEL ……………………
               FAX…………………….

.................................................................................................................................................................

Ruj. …………………………………………….
Tarikh  :………………………………………..

Kepada sesiapa yang berkenaan

Tuan/Puan
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN (KGT)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar Tingkatan 3 sekolah ini sedang menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan.

3.            Kajian ini adalah sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Geografi KBSM bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar sekolah mengumpul dan mendapatkan maklumat tentang beberapa aspek geografi tempatan.

4.            Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi kerjasama kepada pelajar-pelajar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

5.            Kerjasama dan bantuan tuan /puan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
.

Saya yang menurut perintah,




…………t.t…............…………..
Pengetua
…………………….…………….
…………....……………………..
…………....……………………..

L3.   Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga
    …………alamat sekolah ………
    ……………………………….
    ………………………..................
                                                                            TEL        …………….
                   FAX       …………….
    .......................................


    Ruj. ……………………………………..
    Tarikh  : …………………………………

    Kepada

    Ibubapa / Waris / Penjaga
    Pelajar Tingkatan 3
    SMK …………..................

    Tuan/Puan
    MAKLUMAN MENJALANKAN KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN (KGT)

    Perkara di atas adalah dirujuk.

    2.            Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar Tingkatan 3 sekolah ini akan terlibat dalam projek KGT. Kajian ini adalah sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi KBSM bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajran Malaysia.

    3.                Hasil KGT ini akan dinilai oleh guru. Bagi tujuan ini, semua pelajar akan menjalankan kerja lapangan di luar waktu persekolahan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

    4.                Dimaklumkan juga bahawa projek ini akan dijalankan pada penggal kedua persekolahan dari bulan Mei hingga Julai 2012.

    Sekian, terima kasih

    “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
    .

    Saya yang menurut perintah,



    ---------tt-------------------------------
    Pengetua
    Sekolah Menengah Kebangsaan …………..
    ……………………………………………..


    L4.        Borang soal selidik


    BORANG TEMUBUAL KERJA KURSUS GEOGRAFI 2012

    PERNIAGAAN RUNCIT BERFOKUSKAN PASAR MINGGU


    NAMA PELAJAR ...........................................................................
    NAMA RESPONDEN :....................................................................
    KAWASAN PASAR MINGGU:..............................................................
    TARIKH TEMUBUAL :...................................................................

    SOALAN TEMU BUAL:

    1. Encik/Puan sering datang ke pasar minggu ini?
    ...........................................................

    2. Apa barang yang biasa Encik/Puan beli?.
    ....................................................................

    3. Apakah Encik/Puan rasa harga barang di pasar minggu ini murah? ..............................

    4. Adakah barang-barang yang dijual di pasar minggu ini memenuhi cita rasa Encik/Puan?
         …………………………………………………………………..

    5. Adakah tapak pasar minggu ini bersesuian? ....................................................................

    6. Jika tapak pasar minggu ini tidak sesuai, boleh Encik/Puan beri cadangan di mana tapak yang sesuai untuk perniagaan pasar minggu dijalankan?
        .......................................................................................................

    7. Adakah tong-tong sampah disediakan oleh PBT di sekitar pasar minggu ini untuk mengelakkan pencemaran sampah-sarap daripada berlaku?
            ………………………………………………………………

    8. Sila beri cadangan untuk mengurangkan pencemaran sampah-sarap di kawasan ini.
        .....................................................




    L5.    Gambar / foto yang berkaitan

    L6.    Bahan daripada pelbagai sumber seperti majalah, surat khabar dan internet